“Kami Mendengar dengan Melihat”

Perkhidmatan Kami

Ketahui lebih lanjut berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kami sedia membantu

Perkhidmatan yang ditawarkan

Bagaimana kami (BPF JKNNS & NESDA) menyokong komuniti pekak dalam mengakses maklumat ubat:

MyDIDCOM

Platform pertanyaan maklumat ubat-ubatan yang beroperasi dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang pada hari bekerja (Isnin – Jumaat).

SLPharm

Anggota farmasi yang mahir berbahasa isyarat asas. Sehingga kini, terdapat seramai 45 orang SLPharm dilatih dan dilantik di 22 buah fasiliti terpilih.

Duta KUA OKU Pendengaran

Individu pekak terlatih yang berkhidmat sebagai duta Kenali Ubat Anda (KUA) memberikan maklumat ubat secara langsung kepada masyarakat.

Lain-lain Perkhidmatan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Negeri Sembilan dan NESDA sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan kami. Nantikan maklumat lebih lanjut.

Farmasi Proaktif, Komited & Inovatif

Keunikan Perkhidmatan Kami

Hubungi Secara Terus dengan Ahli Farmasi

Pertanyaan boleh dibuat cepat dan mudah melalui teks dan gambar. Selain itu, jawapan pertanyaan pesakit boleh disimpan untuk rujukan masa hadapan.

Duta OKU Pendengaran KUA Terlatih

Perantara komuniti pekak dengan ahli farmasi. Penyampaian maklumat dengan lebih berkesan dalam bahasa isyarat Malaysia.

Ahli Farmasi Terlatih dalam Bahasa Isyarat Malaysia Asas

Komunikasi yang lebih mudah dan berkesan dengan ahli farmasi yang bertugas di kaunter farmasi fasiliti kesihatan kerajaan.

Harapan Kami

Kata-kata Ahli Farmasi

“Manfaatkan laman sesawang kami untuk mendapatkan maklumat ubat yang boleh dipercayai”

Ahli Farmasi Khai

“Sayangilah kesihatan anda, gunakan perkhidmatan yang kami sediakan dengan yakin”

Ahli Farmasi Zeira

“Jangan ragu-ragu, ahli farmasi kami terlatih dalam bahasa isyarat dan sedia membantu anda”

Ahli Farmasi Shu

Scroll to Top